mufiza
mufiza


Menyahut panggilan Kaabah!

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang-orang yang yang datang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa, Allah menyahut doa mereka. Jika mereka beristighfar, Allah mengampuni dosa mereka." (Riwayat an-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Imam al-Ghazali pernah berkata, "Perjalanan kita ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji, ibarat perjalanan kita menuju Allah SWT. Ibarat perjalanan kita menuju ke akhirat dan ibarat perjalanan kita menuju kematian.

RINGKASAN HAJI

1. Pengertian Haji/Umrah Dan Bila Difardukan

Haji pada syarak mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Pengertian Umrah
Umrah pada syarak menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan tawaf dan saie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Bila Difardukan?


Difardukan pada tahun lima hijrah, tetapi mula dilaksanakan oleh para sahabat dalam tahun ke 9 Hijrah dan Rasulullah s.a.w menunaikannya pada tahun ke 10 Hijrah yang dinamakan “Hajjatul Wada”.


2. Dalil Wajib Haji Dan Umrah

Firman Allah bermaksud:”Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun dari sekian makhluk)” Surah Al-Imran Ayat

Firman Allah bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah” Surah Al-Baqarah Ayat 96

Firman Allah bermaksud: “Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan berbagai faedah kepada mereka serta mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu”.

Maksud hadis dari Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda “Islam itu dibina di atas 5 perkara mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah”

Maksud hadis dari Saidina Ali R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda “Sesiapa yang memiliki harta benda dan kenderaan untuk menyampaikan ke Baitullah tetapi tidak mengerjakan haji maka bila ia mati akan menjadi sebagai Yahudi atau Nasrani”.



3. Hikmah Dan Kelebihan Haji

Mendapat Balasan Syurga
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda “Haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali syurga”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Diampunkan Dosa
Maksud hadis dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda “sesiapa yang menunaikan haji dan tidak melakukan kefasikan ataupun perbuatan yang fasik akan diampunkan dosanya seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya”.

Doa Dimakbulkan
Maksud sabda Rasulullah S.A.W., “Jemaah haji dan jemaah umrah adalah tetamu Allah. Doa-doa mereka dimakbulkan dan bila memohon keampunan diampunkan”.

Mendapat Gandaan Pahala
Maksud sabda Rasulullah S.A.W, “Mengeluarkan perbelanjaan untuk menunaikan haji adalah sama seperti mengeluarkan perbelanjaan fisabillah 1 dirham itu diganda dengan 700 dirham”.




4. Falsafah Haji


Perhimpunan tahunan. Sebagai lambang perpaduan dan satu haluan umat Islam. Meraka bertemu bagi tujuan merapatkan hubungan dan bekerjasama dalam semua urusan harian.
Manusia adalah sama di sisi Allah dengan tidak mengira samada raja, hamba atau kaya atau miskin. Allah hanya memandang kepada amalan dan ketakwaan.

Mempelajari pengorbanan sepertimana yang berlaku dalam sirah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail.

Mempelajari dari latihan menjaga pantang larang dalam Ihram sebagai contoh untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian:-

Buat perkara yang baik boleh mengundang berkat, buat perkara yang jahat boleh mengundang musibat.

Buat perkara yang baik boleh mendapat rahmat, buat perkara yang jahat boleh mendapat laknat.

Buat perkara yang baik boleh mendapat pahala, buat perkara yang jahat boleh mendapat dosa.

Buat kerja yang baik bermakna buat kerja halal, buat kerja jahat bermakna buat kerja yang haram.

Buat kerja yang baik adalah perbuatan maaruf, buat perkara yang jahat itu adalah perbuatan mungkar.

Buat perkara yang baik bermakna buat perbuatan yang terpuji, buat perkara yang jahat bermakna buat perbuatan yang tercela.

Buat perkara yang baik boleh menguntungkan, buat perkara yang jahat boleh merugikan.

Buat perkara yang baik mendapat balasan syurga, buat perkara yang jahat balasannya
neraka.



5. Kelebihan Tanah Suci Makkah

Tempat bersejarah, tempat lahirnya Rasulullah S.A.W
Tempat turunnya wahyu.
Tempat menunaikan fardhu haji.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang meninggal di Makkah samada jemaah haji atau jemaah umrah tidak akan dikira atau ditanya dan ia akan dimasukkan di syurga”
Dajjal tidak masuk Kota Suci Makkah.



6. Kelebihan Masjid Makkah

Sembahyang berganda dengan gandaan 100,000 kali ganda.
Adanya Baitullah di mana ganjaran pahala yang besar bila melakukan tawaf kelilingnya.
Kiblat umat Islam seruluh dunia bertuju arah semasa sembahyang.
Ada tempat-tempat mustajab seperti Multazam, Hijir Ismail dan maqam Ibrahim.

7. Kelebihan Air Zam-Zam

Sebaik-baik air di muka bumi.
Air minuman yang mengenyangkan.
Penawar segala penyakit.
Menjadi ubat mengikut niat.



8. Talbiah

Bertalbiah iaitu menyahut seruan Allah atau pengakuan atau pembuka kata dan pembuka tirai serta ikrar, iltizam, komitmen perjanjian dan berkata-kata atau berdialog dengan Allah.

Hadith-hadith Rasulullah:-

Hadith dari Zaid bin Khalid Al Jahni r.a telah datang Malaikat Jibril dan berkata: wahai Muhammad ajaklah sahabat-sahabat kamu untuk mengangkat suara mereka bertalbiah kerana talbiah itu adalah syiar atau lambang haji.
Riwayat Ibni Majah.

Hadith dari Sahal bin Saad r.a. sabda rasulullah S.A.W. “bila setiap muslim bertalbiah maka akan bertalbiah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana. Riwayat Tarmizi dan Ibni Majah.



Hadith dari Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a. Rasulullah S.A.W telah ditanya apakah amalan haji yang mulia. Baginda menjawab iaitu bertalbiah dengan suara yang nyaring dan menyembelih bintang korban.
Riwayat Tarmizi, Ini Majah dan Abu Zarr

Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah “setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya”.
Riwayat Ibni Majah
“Ya Allah, kurniakanlah rahmat Mu kepada kami agar kami terpilih menjadi salah seorang tetamu Mu di musim haji nanti………. Amin”



mufiza
Kenangan yang tak pernah padam..

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu
untuk meraih syurga akhirat.."
-Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
[Rabbani]-


mufiza
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)




Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.


Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Untuk kisah lebih lanjut, boleh kunjungi:
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

mufiza
Aku menemukan kebahagiaan dalam imanku...

Imanku ada di hati..

Dan hatiku tak dapat dikuasai oleh seorang pun..

Melainkan ALLAH...






dalam kelembutanmu,
ketegasanmu tak tergugah,
dalam penuh rasa malumu,
suaramu menggegar dunia,
disebalik halus jemarimu,
tergenggam utuh janji setia.

wahai bidadari syurga..
kau tambat hati pada yang ESA.
mufiza

1. Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya.

2. Bahagia dan saadah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuan yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan perjuangan.

6. Belajar memanfaatkan diri, guna untuk kepentingan cita dan agama.
mufiza

Novel pembangun jiwa dari Habiburrahman El Shirazy

Puisi ketika cinta bertasbih

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Recited by Ayyatul Husna


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Recited by Anna AlthaFunnisa

mufiza
mufiza


Adab-adab Berpuasa Ramadhan

Latihan dan pendidikan yang terdapat di dalam Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adab-adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab-adab itu ialah:

1- Berbuka dengan kurma dan air serta tidak berlebihan dengan makan minum. Anas bin Malik meriwayatkan, "Rasulullah berbuka dengan memakan beberapa ruthaab (iaitu kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada kurma basah maka baginda berbuka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


2- Bersegera berbuka puasa. Nabi bersabda, "Manusia berada dalam keadaan baik selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3- Bersahur di pagi hari dan melewatkan pengambilannya. Nabi bersabda, "Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat." (Riwayat Bukhari) Zaid bin Thabit pula menceritakan, "Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh)." Kemudian Zaid bin Thabit disoal, "Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?" Berkata Zaid, "Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran." (Riwayat Bukhari)

4-
Bersikap dermawan. Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan, "Adalah Rasulullah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan." (Riwayat Bukhari)

5- Bertadarus al-Quran secara konsisten. Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan, "Jibrail menemui Nabi pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah ketika itu lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus." (Riwayat Bukhari)

6- Melaksanakan solat tarawih. Nabi bersabda, "Barang siapa yang
menghidupkan malam-malam Ramadan karena beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman, sesungguhnya dia telah bertanya kepada Aisyah, "Bagaimana salat malam Rasulullah di bulan Ramadan? Aisyah menjawab, "Rasulullah tidak pernah melakukan salat malam lebih daripada sebelas rakaat baik di bulan Ramadan ataupun di bulan-bulan yang lain..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7- Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Aisyah, "Adalah Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan sehinggalah baginda wafat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

8- Mengejar Lailatulqadar. Nabi bersabda, "Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada ketika itu Nabi menyuruh umatnya memperbanyakkan bacaan doa yang bermaksud, "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau sukakan kemaafan maka ampunlah dosa-dosaku." (Riwayat Tirmizi - Hasan Sahih)

9- Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah. Nabi bersabda, "Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, maka tidak ada bagi Allah hajat (untuk menerima) amalannya meninggalkan makan dan minum." (Riwayat Bukhari)

10- Merangsang keluarga agar beramal salih. Aisyah meriwayatkan, "Sesungguhnya Nabi apabila memasuki sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isteri-isterinya (agar beribadah) dan baginda menguatkan ikatan sarungnya (iaitu tidak menggauli isteri-isterinya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

11- Melaksanakan tanggungjawab sosial iaitu mengeluarkan zakat fitrah. Abdullah ibn Omar berkata, "Rasulullah mewajibkan zakat fitrah satu sha' kurma atau satu sha' syair ke atas budak, orang yang merdeka, laki-laki, wanita, anak-anak dan orang tua dari kalangan Muslimin, dan baginda memerintahkan agar (zakat tersebut) dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri." (Riwayat Bukhari)

Mengeluarkan zakat fitrah merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan di musim Ramadan. Ia difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka yang dikenakan zakat itu ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau harta melebihi keperluannya serta tanggungannya untuk malam dan pagi hari Ramadan.
2. Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan keislamannya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari di akhir Ramadan.
mufiza
mufiza
mufiza
Sempena final exam yg bakal menjelma, pasti ada di antara kita di selubungi dengan tension, pressure, tekanan, emosi, keluhan dan sebagainya..
Kita selalu bertanya............................dan Al-Quran sudah menjawabnya...........


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," (I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (Surah Al-Ankabut: ayat 2-3)


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah: ayat 216)


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)


KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (Surah Ali-Imran: ayat 139)


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Surah Al-Baqarah: ayat 45)


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..... (Surah At-Taubah: ayat 111)

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah: ayat 129)


KITA BERTANYA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!
QURAN MENJAWAB
"...... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf: ayat 12)
mufiza

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
mufiza


Madah Sayang

"Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pastu suatu ketika kita akan bertemu. Namun seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku."

"Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya...."

"Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakat yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi."

"Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi."

"Wajah yang tenang, tutur kata yang lemah lembut dan kebaikan tingkah laku mampu memikt hati sesiapa jua termasuk mereka yang cerewet, keras hati dan ego."

"Each moment with you is just like a dream to me, that somehow come true and I know tomorrow will still be the same because we've got a life of love that won't ever change."

"Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang itu...."

"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."

"Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."

Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?

Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati.

"Love is wonderful but education is more powerful when u successful it it"

"Cinta boleh membuatkan kita ceria, berbunga, mulia bahkan boleh mengajakmu ke syurga. Tapi tidak sedikit yang boleh membuatmu merana, kecewa, terlena dan hati menjadi buta."

"Layarkan bahtera di lautan persoalan. Bersama naluri yang kian pudar. Harapan yang tinggi bukanlah tandingan. Bergetar bibir muda antara sedar."

"It hurts to love someone and not be loved in return, but what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person known how you feel."


Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafus manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
mufiza

Kita tak boleh kecewa sangat dengan otak yang beku, Tapi kita patut kecewa kalau kita tiada impian untuk mencairkannya. Sebab setiap kali ia mula cair, jawapannya kejayaan dan kecemerlangan kita.

Orang lain dapat menghalang kita buat sementara,
Kitalah yang dapat menghalang diri kita buat selama-lamanya.

We need to be like postage stamps that stikc to it until we arrive at our goal.

Menepuk air di dulang tak semestinya terpercik ke muka sendiri, Sebab kadang-kadang terpercik jugak ke muka orang lain.

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
Benih yang tak baik jatuh ke laut menjadi umpan.


Apa yang kita usahakan itulan yang akan kita capai, Apa yang kita tanam itulah nanti yang akan kita tuai.

Orang aik terpancar melalui perbuatannya,
Orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.

Belumlah layak seseorang itu bergelar pendekar selagi dia belum berjuang.

Semua benda yang kita buat dengan penuh suka akan jadi mudah, Semua benda yang kita buat dengan penuh menyampah akan jadi susah.

Kita mungkin tak mampu buat semua
Tapi jangan tinggal semua.

Kalau tidak penat itu bukan usaha namanya
mufiza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Koleksi kata-kata motivasi untuk dikongsi bersama..


Motivasi ibarat mengayuh perahu, sebaik sahaja anda berhenti mengayuh, anda akan hanyut..

Kepuasan terletak pada usaha, bukan pencapaian..

Pandai? Untuk apa?
Dengan menuntut ilmu hidup kita akan lebih meningkat manfaatnya..