mufiza
Menziarahi Muaz (tengah), sebelum keberangkatan beliau ke Gaza

Assalamualaikum wbt.
Seruan jihad kembali lagi.. Berita ini ku sambut dengan penuh kesyukuran. Tiada kata yang mampu utk dilafazkan. Rasa terkejut apabila mendapat berita sahabatku Muaz bakal ke Gaza, Palestin. Seakan tidak percaya tapi itulah azam dan tekadnya selama ini.

InsyaAllah, dengan izin Allah jua, sahabatku Muaz bersama-sama dengan 44 orang rakan Delegasi Ramadhan Di Gaza "Ramadhan March for Freedom" akan menyertai Misi ke Gaza untuk menyampaikan Bantuan Kemanusiaan pada 6 Ogos 2010 hingga 18 Ogos 2010, bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba.

Misi ini merupakan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Selamat berjuang sahabatku... Kami doakan yang terbaik buat mu.. Pengorbananmu menjadi inspirasi buat kami di sini.. Tanpa disedari panggilan jihad semakin hampir dengan kita, bukan lagi hanya slogan, tapi kenyataan.. ALLAHU AKBAR!!


Demi Islam tercinta,
Untuk mu jiwa-jiwa kami,
Untuk mu darah kami,
Wahai Al-Aqsa tercinta..
Kami akan berjuang demi kebangkitan Islam,
Kami rela berkorban demi Islam yang mulia..
Ya Allah masukkanlah kami tercatat sebagai Syuhada'-Mu..
1 Response
  1. Ya Allah, kami bermohon Engkau selamatkan lah shbt kami di sana nanti, segala pengorbanannya benar2 menjadi inspirasi pada kami, Islam tidak boleh tertegak dgn kata2 sahaja, bahkan memerlukan qudwah dan pengorbanan diri yg berintima' benar2 dgn islam.Ya Allah, sampaikn kami ke sana, jika x hari ini, esk lusa insyaAllah kami rindu utk menjadi pejuang yang berada di medan perang yg sebenar.amin ya Rabb...amin


Post a Comment