mufiza

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Orang yang berpuasa mendapat pakaian taqwa. la merupakan perisai yang mempertahankan diri daripada kejahatan dan fitnah. Ibadat puasa lebih istimewa daripada ibadat-ibadat yang lain kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah. Daripada Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu:

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: Allah ‘Azzawajalla berkata: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. la adalah untukku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hari maka janganlah mengungkapkan perkataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa “Demi yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih baik disisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembiraan. Apabila ia berbuka, ia bergembira. Dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira denganpuasanya.”

(Muttafaqun Alaih)

Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat istimewa kerana:

  1. Padanya terdapat malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dan seribubulan.
  2. Pada bulan ini, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan ditambat, ganjaran amalan digandakan, dan dilakukan i’tikaf dan qiamullail.
  3. Pada bulan Al-Qur’an, pendampingan kita terhadap Al-Qur’an juga bertambah dengan membaca, mengamal, menghafal dan menggunakannya untuk qiamullail.
  4. Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana ia adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya.
  5. Puasa menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad. Ia menguatkan kemahuan Muslim. Inilah bekalan yang mesti dan daruri bagi da’i kepada Allah dan mujahid di jalanNya.
  6. Puasa menghasilkan kesabaran. Ia adalah suatu sifat yang sentiasa ada pada para da’i kepada Allah. Ia membantu mereka bersabar mengharungi halangan dan meneruskan perjalanan di jalan da’wah tanpa rasa hina, lemah dan ingin tunduk kepada musuh.
  7. Puasa membentuk budi-pekerti yang lemah-lembut terhadap orang jahil. Apabila seseorang itu mencetuskan kemarahan orang yang berpuasa dengan mencela atau memarahinya, ia menahannya dan berlemah-lembut seraya berkata: “Sesungguhnya aku berpuasa.”
  8. Puasa mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
  9. Semasa berpuasa, perut dikosongkan dan pemakanan dikurangkan. Kedudukan roh menjadi tinggi, hati menjadi jernih, seterusnya hijab dan tarikan duniawi terhindar. Kejernihan dan sinaran memancarkan cahaya kebenaran di dalam hati.
  10. Puasa membiasakan Muslim mementingkan dan menepati masa. Setiap orang yang berpuasa meneliti waktu imsak dan waktu berbuka. Mereka menghalusinya agar puasa tidak terbatal dengan sebab pengabaian atau tidak teliti. Perbuatan sebegini berulang-ulang selama sebulan sehingga boleh melengkapkan diri seseorang dengan karektor tersebut.

Wallahu A'lam.

mufiza
Menziarahi Muaz (tengah), sebelum keberangkatan beliau ke Gaza

Assalamualaikum wbt.
Seruan jihad kembali lagi.. Berita ini ku sambut dengan penuh kesyukuran. Tiada kata yang mampu utk dilafazkan. Rasa terkejut apabila mendapat berita sahabatku Muaz bakal ke Gaza, Palestin. Seakan tidak percaya tapi itulah azam dan tekadnya selama ini.

InsyaAllah, dengan izin Allah jua, sahabatku Muaz bersama-sama dengan 44 orang rakan Delegasi Ramadhan Di Gaza "Ramadhan March for Freedom" akan menyertai Misi ke Gaza untuk menyampaikan Bantuan Kemanusiaan pada 6 Ogos 2010 hingga 18 Ogos 2010, bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba.

Misi ini merupakan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Selamat berjuang sahabatku... Kami doakan yang terbaik buat mu.. Pengorbananmu menjadi inspirasi buat kami di sini.. Tanpa disedari panggilan jihad semakin hampir dengan kita, bukan lagi hanya slogan, tapi kenyataan.. ALLAHU AKBAR!!


Demi Islam tercinta,
Untuk mu jiwa-jiwa kami,
Untuk mu darah kami,
Wahai Al-Aqsa tercinta..
Kami akan berjuang demi kebangkitan Islam,
Kami rela berkorban demi Islam yang mulia..
Ya Allah masukkanlah kami tercatat sebagai Syuhada'-Mu..