mufiza

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang."

- Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah."

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Daripada Anas bin Malik telah berkata : "Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu." ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Tempat rujukan :
1. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

WAllahua'alam ....

mufiza
Assalamulaikum...
Emak Ingin Naik Haji.. Cinta hingga tanah suci.. Cerita pilihan pada bulan ini..
Tanggal 9 Oktober 2010 bersamaan 1 Zulkaedah 1431H, jemaah haji dari seluruh dunia mula berangkat ke tanah suci kota Mekah untuk menunaikan rukun haji ke-5..



mufiza

Terima kasih sahabatku atas tanda ingatan...
mufiza

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Orang yang berpuasa mendapat pakaian taqwa. la merupakan perisai yang mempertahankan diri daripada kejahatan dan fitnah. Ibadat puasa lebih istimewa daripada ibadat-ibadat yang lain kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah. Daripada Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu:

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: Allah ‘Azzawajalla berkata: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. la adalah untukku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hari maka janganlah mengungkapkan perkataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa “Demi yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih baik disisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembiraan. Apabila ia berbuka, ia bergembira. Dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira denganpuasanya.”

(Muttafaqun Alaih)

Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat istimewa kerana:

  1. Padanya terdapat malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dan seribubulan.
  2. Pada bulan ini, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan ditambat, ganjaran amalan digandakan, dan dilakukan i’tikaf dan qiamullail.
  3. Pada bulan Al-Qur’an, pendampingan kita terhadap Al-Qur’an juga bertambah dengan membaca, mengamal, menghafal dan menggunakannya untuk qiamullail.
  4. Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana ia adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya.
  5. Puasa menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad. Ia menguatkan kemahuan Muslim. Inilah bekalan yang mesti dan daruri bagi da’i kepada Allah dan mujahid di jalanNya.
  6. Puasa menghasilkan kesabaran. Ia adalah suatu sifat yang sentiasa ada pada para da’i kepada Allah. Ia membantu mereka bersabar mengharungi halangan dan meneruskan perjalanan di jalan da’wah tanpa rasa hina, lemah dan ingin tunduk kepada musuh.
  7. Puasa membentuk budi-pekerti yang lemah-lembut terhadap orang jahil. Apabila seseorang itu mencetuskan kemarahan orang yang berpuasa dengan mencela atau memarahinya, ia menahannya dan berlemah-lembut seraya berkata: “Sesungguhnya aku berpuasa.”
  8. Puasa mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.
  9. Semasa berpuasa, perut dikosongkan dan pemakanan dikurangkan. Kedudukan roh menjadi tinggi, hati menjadi jernih, seterusnya hijab dan tarikan duniawi terhindar. Kejernihan dan sinaran memancarkan cahaya kebenaran di dalam hati.
  10. Puasa membiasakan Muslim mementingkan dan menepati masa. Setiap orang yang berpuasa meneliti waktu imsak dan waktu berbuka. Mereka menghalusinya agar puasa tidak terbatal dengan sebab pengabaian atau tidak teliti. Perbuatan sebegini berulang-ulang selama sebulan sehingga boleh melengkapkan diri seseorang dengan karektor tersebut.

Wallahu A'lam.

mufiza
Menziarahi Muaz (tengah), sebelum keberangkatan beliau ke Gaza

Assalamualaikum wbt.
Seruan jihad kembali lagi.. Berita ini ku sambut dengan penuh kesyukuran. Tiada kata yang mampu utk dilafazkan. Rasa terkejut apabila mendapat berita sahabatku Muaz bakal ke Gaza, Palestin. Seakan tidak percaya tapi itulah azam dan tekadnya selama ini.

InsyaAllah, dengan izin Allah jua, sahabatku Muaz bersama-sama dengan 44 orang rakan Delegasi Ramadhan Di Gaza "Ramadhan March for Freedom" akan menyertai Misi ke Gaza untuk menyampaikan Bantuan Kemanusiaan pada 6 Ogos 2010 hingga 18 Ogos 2010, bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba.

Misi ini merupakan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Selamat berjuang sahabatku... Kami doakan yang terbaik buat mu.. Pengorbananmu menjadi inspirasi buat kami di sini.. Tanpa disedari panggilan jihad semakin hampir dengan kita, bukan lagi hanya slogan, tapi kenyataan.. ALLAHU AKBAR!!


Demi Islam tercinta,
Untuk mu jiwa-jiwa kami,
Untuk mu darah kami,
Wahai Al-Aqsa tercinta..
Kami akan berjuang demi kebangkitan Islam,
Kami rela berkorban demi Islam yang mulia..
Ya Allah masukkanlah kami tercatat sebagai Syuhada'-Mu..
mufiza
jalanku


Jadikanlah dirimu wahai sahabat PEJUANG ISLAM seperti LEBAH..memakan hanyalah yang baik..memberi yang terbaik dan hinggap di dahan pun tidak mematah dan merosakkan dahan !

Kata Syeikh Abd Qader Jailani "KAMU SOMBONG DENGAN ORANG YANG SOMBONG DENGAN HUKUM ALLAH ITU SEDEKAH "

MyBee
"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU MENCAMPAKKAN DIRIMU KE DALAM KEBINASAAN "

Umur PEMUDA tidak dikenali dalam perjuangan Islam kerana RASULULLAH pun dibangkitkan menjadi NABI sewaktu umur 40 tahun..13 tahun berada di Mekah. BERHIJRAH sewaktu berumur 53 tahun...lebih lagi hebat 2 tahun selepas itu berlakunya peperangan BADAR sewaktu NABI berumur 55 TAHUN !!!

Chicken litte
Seorang profesor mengeram telur ayam di dalam balang yang diisi suhu badan ayam mengeram lalu ditegur oleh seorang peladang "usaha kamu akan sia-sia kerana tidak akan sama dengan ayam yang ALLAH cerdikkan dengan sentiasa mengalih telurnya sewaktu mengeram supaya menjadi kepala..kaki..tengkok..kaki dan sebagainya !!" SUBHANALLAH

GreenAnt
Lihatlah KEKUASAAN ALLAH di dalam PENTADBIRAN SEMUT di sarangnya...sarang bertingkat-tingkat..terdapat pengawal di pintu masuk..tempat tentera berlatih..bertelur..menetas dan ajar anak berjalan..makan..gudang makanan... permaisuri bersemayam... kubur!!!.. bukankah kamu wahai manusia pernah melihat semut mengheret rakannya ke dalam lubang ???SUBHANALLAH


Teori ulama...SURAH ISRA' DARI AYAT 2 HINGGA 104 YANG BERMAKSUD "APABILA JANJI KAMI YG KEDUA MENANDAKAN YAHUDI AKAN MUSNAH, KAMI AKAN HIMPUNKAN YAHUDI DI SATU TEMPAT " HARI NI DI PALESTIN.... HURUF-HURUF DARI AYAT 2-104 ADA TERDAPAT 1443 HURUF... SEKARANG YAHUDI TELAH PUN DIHIMPUN... TAHUN ISLAM 1431...
ADA YAHUDI YANG FAHAM KALAULAH 1443 DITOLAK DENGAN 1431 (1443-1431) MEREKA SUDAH TIDAK LAMA BOLEH BERSERONOK !!!!

Perjuangan
HADIS NABI "tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu sayang kepada kawanmu sebagaimana kamu sayang dirimu sendiri "

"Berfikirlah seperti FIKIRAN orang bijaksana dan bercakap serta bergaullah
dengan BAHASA orang kebanyakan "

Al A'raf 175-176 maksud firman Allah " bacalah kepada mereka wahai Muhammad berita org yg Allah datang kpd mereka teguran Al Quran lalu mereka tidak mengendahkannya... perumpamaan mereka seumpama ANJING.. hulur atau tidak hulur makanan pun dia jelirkan lidah... itulah PERUMPAMAAN bagi mereka yg dustakan ayat-ayat Allah dan ceritakan kpd mereka supaya mereka dapat berfikir "

Perjuangan3
" PERKARA YANG JAHAT TIDAK PERLU DISEMBUNYI. NANTI ALLAH AKAN BONGKAR JUGA DAN PERKARA BAIK TIDAK PERLU DIHEBAH SEBAB NANTI MANUSIA AKAN TAHU JUGA "

Maksud firman Allah "Tidaklah Muhammad itu melainkan Rasul seumpama Rasul-Rasul yang terdahulu.. maka adakah kalau dia mati, kamu akan kembali murtad? siapa yang kembali murtad ianyanya tidak memberi apa-apa pun mudharat kepada Allah dan Allah akan ganjari pahala kepada orang-orang yang baik "

Perjuangan2
Maksud Firman Allah "Janganlah kamu berasa lemah untuk menghadapi musuh Islam.. kalaupun kamu berasa tersiksa sesungguhnya musuh juga pernah terseksa seperti kamu terseksa tetapi kamu mengharapkan KEREDHAAN ALLAH apa yang tidak mereka harapkan "

Tenang
mufiza

Ibn Batuta mengelilingi dunia selama 30 tahun. Beliau menemui dalam perjalanannya segala-galanya sehingga dapat mengumpulkn perkara-perkara aneh dan mangagumkan. kemudian beliau menjadi topik perbincangan sepanjang zaman. Anda?

Ibn 'Asakir menulis sejarah Damaskus dalam tempoh 60 tahun tanpa keciciran satu pun kisah sejarah orang alim, saaterawan, penyair, orang yang datang dan pergi dari Damaskus. Anda?

Abu Bakar As-Siddiq ialah salah seorang daripada sahabat yang meginfakkan seluruh hartanya demi Islam. eliau menumpaskan kemudaratan. Di akhirat nanti beliau dipanggil dari palan pintu syurga. Anda?

Uthman bin Affan membekalkan logistik kepada tentera Islam sewaktu Perang Tabuk dan membeli telaga "Rummah" untuk diwakafkan kepada kaum muslimin. Beliau mengkhatamkan al-Quran dalam setiap solatnya. Anda?

Imam al-Ghazali telah menghafal al-Quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia 9 tahun. Anda?

Ibn Taimiyyah menulis 4 topik dalam satu hari dan setiap buku diselesaikan dalam seminggu. beliau pernah menyiapkan sepenunya sebuah buku dengan hanya sekali duduk. Bukunya menjadi rujukan lebih dari 1000 penulis. Anda?


Imam Ahmad bin Hanbal berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta athar dan mewariskan 40 000 hadis dalam Musnad. Anda?

Ibn Hibban meriwayatkan hadis daripada 2000 orang Syeikh dan mengarang kitab sahih sehingga menjadi kitab yang menakjubkan. Beliau menguasai banyak ilmu sehingga menjadi bintang pada zamannya. Anda?

Abu Hanzalah syahid dalam keadaan bejunub kerana terus terjun ke medan perang apabila terdengar paluan gendang perang. Kemudian beliau dimandikan oleh para malaikat. Anda?

Khalid bin Al-Walid mengharungi 100 peperangan dan beliau membunuh 5000 orang dalam peperangan Yarmuk serta mematahkan 9 bilah pedang. Anda?


Abu Syuja' berkhidmat kepada raja selama 60 tahun. Pada masa yang sama beliau menebusnya dengan menjadi pembanu di Masjid Nabawi juga selama 60 tahun. Anda?

Sejarah seterusnya berada di tangan anda. Siapa lagi kalau bukan anda?? Renung-renungkan dan selamat menerobos kecemerlangan diri demi Islam tercinta..
mufiza


Bersama mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Sila tonton video di bawah ini.. Amat menyentuh hati.



p/s: Syukran jazilan buat sahabatku Muaz Faiz di atas perkongsian youtube ini. Kini ku abadikannya di dlm blogku utk tatapan semua. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

mufiza


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah kita bertemu lagi setelah sekian lama blog ini tidak mencoretkan sesuatu.
InsyaAllah pada kesempatan ini saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat mudah untuk disediakan, tambahan pula ia sangat enak untuk dimakan terutama bersama kawan2. Resepi yang saya maksudkan ialah Coleslaw. Saya mempunyai kenangan manis bersama coleslaw buatan sendiri.hehe.. Anda pula bagaimana?? Anda suka makan coleslaw? Kini anda tidak perlu lagi mengunjungi KFC hanya untuk mendapatkan coleslaw, sebaliknya anda boleh membuatnya sendiri di rumah anda...malah lebih enak mengikut citarasa masing2. Mari kita lihat bahan2 yang diperlukan untuk membuat coleslaw.

Bahan-bahan ( untuk 4 orang )

* 1/4 biji kubis
* 1/2 biji lobak merah
* 4 sudu besar mayonis
* 2 sudu kecil gula
* 1/2 sudu kecil garam

Cara Membuatnya

1. Kobis dan lobak merah dibasuh sehingga bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang tadi ke dalam bekas ataupun mangkuk.
3. Masukkan mayonnis, gula dan garam ke dalam mangkuk yang berisi kobis dan lobak merah tadi dan kacau sehingga sebati. Sebaik-baiknya pakai sudu ye.. Kalau sudu takde di rumah tuan2/puan2 pakai tangan pun boleh..huhu
5. Setelah itu, masukkan coleslaw tadi ke dalam bekas yang bertutup dan tutup bekas tu dan simpanlah di dalam peti sejuk selama sejam.
6. Coleslaw yang sejuk dan telah betul2 bersatu dengan campuran mayonnis adalah lebih sedap untuk dimakan. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!

Nota Tambahan

* Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sikit.
* Kalau sesiapa yang sukakan “milky” boleh tambah susu pekat.
* Resepi saya di atas itu berdasarkan piawaian rasa yang asas. Anda boleh gubah ikut citarasa sendiri, kemudian boleh makan sendiri.
* Kalau makan tak habis, jangan risau, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup. Selamat mencuba!....